
Ahlan wa Sahlan 1 Rejab 1446H
REJAB merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah atau kalendar Islam dan ia merupakan salah satu daripada empat bulan haram.
Kedatangan bulan Rejab menandakan kira-kira dua bulan lagi umat Islam akan bertemu dengan bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan.
Doa yang boleh diamalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]